Seorang wanita tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Tawau pada Isnin atas pertuduhan membunuh seorang lelaki pada 13 Januari lalu.<br /><br />Nurima Juli, 32, didakwa bersama beberapa individu lagi yang masih bebas membunuh Nurman Bakaratu, 62 pemandu e-hailing di ladang sawit berhampiran Jalan Anjur Juara, Jalan Apas Batu 5, antara jam 7.30 malam hingga 9 malam.